<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
 
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
 
 
Guna Firefox, lupakan yg lain!
 

Thursday, April 29, 2010
Third Time's the Charm

Aku nyalakan satu daripada baki 3 batang rokok cap helang yang masih ada dalam kotak merah yang sudah agak remuk ini. Tetapi tidak sama dengan remuknya hati aku ini sekarang. Di dalam kesamaran kamar kecilku yang hanya dilimpahi cahaya monitor LCD 19 inci usangku ini, aku menghitung hari² mendatang yang juga semakin dalam kesamaran.

Aku menarik sedutan dalam², asap bernikotina memenuhi ruang paru². Terasa lebih bisa daripada ini yang kurasakan meresap ke dalam jiwaku, bagaikan sianida menjalar di setiap kapilari. Aku sememangnya benci rasa begini; sudah 2-3 kali sepanjang usiaku perasaan ini bertandang dan menendang di setiap penjuru hati.

"Aku seperti dulu sunyi.. aku seperti dulu sunyi........
Sepi diri ini, aku sendiri lagi.."

Sengaja kunyanyikan dalam sepi, ada yang tak dapat kulenyapkan. Sepotong nama, sebuah cinta.. menyiksa di dalam dada. Sounds familiar? Bagi mereka yang pernah meminati Headwind, sudah pasti tahu akan bait ini. Pasti ada yang tertanya, mengapa begitu sugul sekali iklim di blog aku kali ini. Tapi bagi yang pernah mengikuti season premiere blog ini sekitar 5-6 tahun yang lepas, pastinya sudah dapat mencerap daripada gaya penulisan aku kali ini.

Untuk kesekelian kalinya aku tewas. Gagal untuk menemukan ketenangan jiwa yang sering berantakan melihat apa yang lazimnya dimiliki oleh insan lain di dunia ini. Dalam fikiranku ini, sering tertanya mengapakah orang lain seperti begitu mudah menemukan pasangan jiwa masing². Atau akukah yang begitu payah sebenarnya? Apakah rahsia sebenarnya? Hingga ke detik dan saat ini aku masih bingung.

Aku nyalakan sebatang lagi. Tinggal lagi satu je.. i guess i better finish up typing my entry. Rasanya kali ini sudah masuk kali ketiga, apa yang orang putih cakap, passed over. Sudah 3 kali aku akrab dengan insan yang bergelar perempuan, yang mana sudah berpunya dan mempunyai. Bukan aku tak suka berkawan dengan yang single-mingle. Cuma selalunya aku kurang pasti akan status sebenar mereka. Yang 3 ni kira special case la, pasal hati sudah tangkap cintan. Yang tak bestnya, aku tidak pernah menduduki takhta di hati mereka, walaupun diorang dah putus dengan couple masing². Cepat benar berganti penghulu hati mereka, sedangkan aku terkontang-kanting kebingungan akibat dipandang sambil lewa begitu sahaja. Dan yang paling payah buat aku, mereka tidak mahu persahabatan kami putus begitu sahaja. Being a nice guy (or a jerk for that matter), aku turutkan sahaja. Well of course, lama-kelamaan the so-called ikatan persahabatan tu tersejat begitu sahaja, meninggalkan hablur² kenangan pada dinding memoriku ini.

Yang paling terkini adalah yang paling terkesan dalam diri ini. Pada awalnya akulah teman paling rapat baginya di kantor. Akulah tempat bercerita, tempat mengadu masalah. Kiranya hanya akulah 'ally'nya. Lunch pun pegi beli dan makan sama². Sometimes she even sms me in the morning, tanya nak makan apa bila dia singgah gerai dekat rumah dia pagi² sebelum datang kerja. It was a very blissful spell for me. Pendek kata rapat sangatlah, sampai sorang opismet aku penah sound direct selling kat aku, "bukan dia sorang je kawan ko kat opis ni".

Bila aku masuk wad kena TB, dia sorang je yang datang jenguk 2 kali. Masa belum dapat katil/bilik, dia sanggup datang sebaik saja habis waktu kerja, jenguk aku kat emergency room. Concern sungguh dia pada aku masa tu. Siap tanya aku nak apa, dia belikan. (btw, aku mintak apple hijau & sabun mandi.. dia belikan shower gel lagi). Bila dah 2-3 hari aku takde kat ofis, pagi² lagi dia dah sms tanya aku bila nak keluar hospital. Bosan kat opis katanya.

Tetapi semua itu hanyalah sekadar waktu. Sebulan dua selepas itu, keadaan berubah secara drastik. Kedinginan yang diberikan olehnya amat mencengkam persahabatan kami yang selama ini menjadi pemangkin untuk aku bangun pagi² bersemangat ke pejabat. 2 bulan setengah rasanya kami tidak bertegur sapa. Cuma pada penghujung tempoh radio silence itu dia memecah tembok kesunyian antara kami dengan menjemput aku untuk hadir ke majlis pertunangannya (which i gladly attended).

Selepas itu, seperti ada suis on-off, kami meneruskan ikatan persahabatan seperti biasa. Cuma kali ini ruang masa untuk aku telah berkurangan kerana dia sudah mula mengenali staff² lain di ofis. I'm happy for her, sekurang²nya dia telah dapat bergaul baik dengan semua orang. Lama-kelamaan yang rapat menjadi renggang. Aku tidaklah ralat sangat (konon la) sebab dia kan bakal menjadi kepunyaan orang lain secara sah. Tapi masa demi masa berlalu, tiada majlis muktamad yang berlangsung. Berita tentang perpisahan itu pun aku dapat tahu daripda jaringan gossip girl yang beroperasi aktif secara underground. "Ada can le ni", kononnya la kan. Tapi tu la, bila dah renggang, tak rapat² balik dah. Orang lain pulak yang menjadi ally dia. Aku tak kisah sangat la, sebab mostly lelaki kat ofis aku semua dah kawin. Tapi kalau aku cakap aku tak jeles, itu bohong namanya.

Ultimately, yang membuatkan aku rasa terkilan ketika ini, ialah bila aku mendapat confirmation bahawa dia sudah mempunyai teman istimewa. Siap ada panggilan manja masing², macam orang dah kawin pulak tu. Apa nak buat, agaknya memang Tuhan dah tentukan jodoh aku bukan dengan dia la kot. Sayang macam mana sekalipun, kalau sebelah tangan, tepuk dahi aje la jawabnya kalau nak berbunyi.

So, there you have it. The reason i feel so down and shitty today, and probably for many months to come. I'm on my last cigarrette now, so i guess it won't be long until i wrap things up here. Maybe anyone who (still) reads this blog would say "what a loser!", but i just want to put it out there. Kalau simpan dalam sorang², aku takut meletop plak mak nanti. Dan jika aku membuat perkiraan, tinggal hanya 1 tahun 9 bulan sahaja lagi untuk aku mendirikan rumah tangga, kerana itulah ikrar yang aku lafazkan so jokingly ketika muda² dulu. If by the time i'm 35 and still got nobody to call my own, i'm going solo for the rest of my life. Let's not hope so, ok guys? Doa²kan la untuk aku yang sebatang kara kat sini ni agar cepat bertemu jodoh. Nanti korang tak perlu lagi la baca entry ala rock kapak yang panjang berjela macam ni lagi. Til then, peace out!

Posted at 02:05 am by milan
Any komen? Meh sini...  

Sunday, April 25, 2010
Ikhlas Tapi Jauh

Pastinya kalian pernah dengar lagu yang berjudul seperti di atas. Paduan suara gabungan para artis RAP yakni Roslan Aziz Production. Sedap kan lagu tu? Tapi coretan 'rare' kali ini bukanlah mengenai lagu mahupun tentang industri muzik negara. Tapi mengenai perkataan pertama di dalam nama lagu ini, iaitu ikhlas. Apa itu ikhlas sebenarnya? Berbuat sesuatu tanpa mengharapkan apa² balasan? Korang pernah ke betul² buat benda dengan seikhlas dan setulus hati? Ha, itu yang kita nak tahu. Itu yang selalu aku persoalkan pada diri sendiri. Selama ni ikhlas ke aku pada orang yang berlegar di ruang hidup aku? Kadang² tu rasa segan pulak bila nak offer bagi pertolongan pada orang lain. Tak semua orang sudi dan rela menerima bantuan ikhlas daripida kita, terutama sekali orang yang tidak dikenali. Tak percaya? Cuba lain kali, bila drive lalu depan mana² bus stop, korang berhenti dan offer sorang dua orang tumpang naik. Kemungkinan besar takde orang yang sudi. Tetapi ingat, ini tidak disyorkan pada anak² gadis. Jangan coba² offer tumpang kat laki² kat mana² bus stop. Bahaya tu.. kecuali yang betul² kenal la. Itu pun belum tentu gerenti keselamatannya. Kenapa pulak kalau yang kita kenal pun kena berhati²? Itu kita kena berbalik kepada tajuk utama, iaitu ikhlas. Apa daa... macam kuliah maghrib plak dah. Mengapa bukan kuliah subuh? Kalau bagi contoh kuliah maghrib, ramai kot la yang boleh imagine macam mana suasananya. Come on la, berapa kali you all pernah dengar ceramah subuh kat surau? Dengan ikhlas dan rela hati? Aku dulu hampir tiap minggu turun dengar kuliah subuh. Turun? Turun dari mana korang tanya?.. Turun dari dorm le, kena pegi surau subuh². Dah sekolah kat asrama penuh, begitu le rupanya kalau lower form. Dah naik form 4 dah kira optional la hehe. Maknanya, tak ikhlas le tu. Tapi kenapa ye aku sibuk nak bercerita pasal ikhlas² bagai sume ni? Sebenornye, ada konflik dalaman skang ni. Ado la orang tu, birthday dio dah nak dokek dah. Eden cadang nak bagi hadiah kek dio. Bukan yang macam dulu² tu, coklat ngan plush toy je. Segan le plak nak kasik hadiah eksklusif kat dia, sebab kitorang tak eksklusif walau sekelumit pun. Tapi aku tau dia suka benda tu. Aku just nak dia to be happy on her special day of the year (and i do hope she's also happy during her day(s) of the month). So, persoalannya di sini.. adakah wajar dikatakan pemberian aku tu nanti dikategorikan sebagai ikhlas? Ha, itu yang kita nak tahu... Aku tak bermaksud nak beli jiwa dia pun, kerana aku tahu jiwa dia terlalu mahal buat aku. Walaupun sejuta bintang di langit aku petik menjadikan hantaran syarat untuk milikimu, walaupun dapatku pintal pelangi di langit menjadi reben pengikat hadiah hari jadinya.. walau siapa pun kami, ia pilihan saya. Huhu.. apa la aku mengarut pepagi buta nih. Itu la akibatnya update blog sambil marathon layan citer Asmaradona. Btw, kalau ada sesapa yang membaca blog aku ni yang ada iras² (oghe kelate ghoyak 'ado meh') Siti Zaqyah Razak tu, sudi² la hulurkan salam perkenalan pada patik pacal yang hina ini.. hihi. Tapi harus diingat, jika anda perempuan sahaja la. Kalau lelaki iras² rupa itu, i tak rela you. Dan kalau lelaki DAN juga perempuan, lagi i tak rela.. koh³.. So, korang rasa ok ke aku kasik hadiah tu kat dia nanti? Takut nanti dia tak dapat terima la pulak hadiah tu. Bila dia tengok benda tu, maybe meluat la plak nanti kan teringat kat orang yang bagi (ke ok sebab at least dia teringat la jugak kat aku? ahahaha.. monyet). Jika diambil kira mood swings antara dia dengan aku sepanjang durasi perkenalan, besar kemungkinan aku akan menerima pulangan. Harap² bukan paku buah keras. I guess, paling tidak pun, aku sendiri la yang guna benda tu. Ha? Guna? Apakah? Jeng jeng jeng... kalau teddy bear, boleh le buat bantal peluk. Kalau perfume, tak rela aku jadi jejaka ayu, beraroma feminin kat ofis. Entahlah, pasrah aku dibuatnya.. ditambah pula diselubungi rasa sedih ketika ini kerana masih lagi menonton Asmaradona walaupun dah hampir jam lima pagi GMT +8. Layan 10 episod tak berhenti sejak tadi. Dah la kot ye.. tentang soal pemberian ikhlas hadiah hari jadi untuk dia tu, sebarang komentar sila ajukan tanpa segan silu. Ok la, hamba ingin masuk beradu mimpi dulu. Mimpi nak cekik² Norish Karman, jahat nak mampos!... ahahaha. Peace out!

Posted at 05:01 am by milan
Any komen? Meh sini...  

Next Page