In the immortal words of FBI Special Agent Stanley Goodspeed as he braces himself before driving through a garage window in a yellow Ferrari 355 Spider onto the incoming traffic of the streets of San Francisco, "Oh well, why not?!", I've decided to put up something here; even if there's nothing worth telling about my days.
Why not? Kenapa tidak? Well, to tell you the truth, I think too much. Spontan sudah hampir pasti tiada di dalam kamus harian hidup aku. Dalam erti kata lain, aku selalu pikir yang bukan². Bukan yang bukan² itu la... but, just maybe a tad ehehe. What do you expect? I'm a 32 years old single dude living by himself. I wouldn't survive if it wasn't for my creative imagination.
Masa muda² dulu, time tengah study kat sini, ada la satu dua perkara spontan yang aku buat. Atau orang tua² cakap tak pikir panjang la. But nothing big, setakat letak kertas bertulis Yahoo! ID ngan no phone aku kat kereta Satria biru which belongs to a cute girl. Itu pun lepas kena cabar dengan si Aie. "Tak abis² Satria biru. Kalau kau anak jantan...". Aku memang pantang sikit kalau orang cakap macam tu. Macam Marty McFly la, takleh tahan kalau orang cakap dia chicken or pengecut. That weekend, semasa aku tengah guling² atas tilam tanpa katil di dalam bilik apartment sewa di Blok A2 Cyberia, ada incoming call bernomborkan sesuatu yang amat asing. "Hello, siapa ni?", soal si gadis di hujung talian. Aku jawab le itu aku. Dia tanya lagi sama ada adakah aku yang letak nombor phone kat wiper kereta dia. Aku mengiakan aje la. Lagi pun tak elok menipu kan, lebih² lagi kalau awek yang comel. We talked for about a few minutes, that's it. Kekadang tu masa keluar masuk pintu masuk Blok A tu terserempak gak la ngan dia. Ada ke dia boleh siap angkat tangan lambai² kat aku, padahal dia jalan ngan boifren. Kalau le mamat tu tahu aku penah tumpang awek dia balik dari kelas, naiya gak le ehehe. Sekali je la aku tumpang dia. Itu pun dalam kereta siap dia boleh sindir² aku lagi tu. "Ha, apsal senyap je? Dalam telefon ari tu bukan main". Feisty girl, I loike.
Tapi setakat itu aje la. Tidak kesampaian ke mana² pun. Ada la nick dia dalam list YM aku ni. Mula² dulu je la aku chat ngan dia. Sekarang tidak lagi.
Selang beberapa tahun kemudian, semasa bertandang ke majlis kenduri member MMU kat Banting, masa tengah lepak kat meja bulat borak² ngan geng² yang hadir, sorang member aku (Aie kot) pointed out kat kitorang sorang awek cun ni. "Yang mana satu?", aku bertanya sambil mata kami melilau mencari target yang masih belum dikenalpasti. "Kat meja depan tu, yang free hair tu". Pandang punya pandang, awek tu lambai² kat aku. Terkujat budak² ni ehehe. "Sapa tu Milan?", tanya diorang kat aku. Aku cakap le itu budak Satria biru, selalunya dia pakai tudung. Tak sangka, ingat lagi dia kat aku huhu. Ada la aku bertegur sapa ngan dia kejap. Maleh la pulak aku nak tanya boifren mana, tak ikut sekali ke. Then, that's it. Our paths never crossed again after that.
Mungkin selepas membaca coretan liar aku ini ada antara kalian yang bertanya, "why not?". Well, seperti mana yang telah aku nyatakan di atas tadi, I think too much. Lagi pun dengan pengalaman aku dalam mendekati insan yang bernama wanita ni, sudah berulang kali jugalah hati ini terguris dan diguris. Mengguris tu takde la kot, none that I'm aware of. Kalau ada maaf la ye.
Siapa nama budak perempuan tu? Nama dia hampir sama dengan nama ex-gf aku time waktu sekolah dulu, cuma tambah huruf K je kat depan. Rasa²nya dia staff TM jugak, macam kat Cyberjaya ni je ofis dia. Tak penah pulak aku terserempak dengan dia kalau iye pun. Well, itu citer lama. Just an interesting anecdote from my boring, mundane life.
Actually aku nak citer benda lain tadi ni. Nak cerita pasal spek mata aku ni sebenarnya. Frame dia jenama "Ynot?". Harga frame RM660, cermin Transitions lak RM500. Total damage RM950, after discount la tu. Well, dengan ideologi "why not", aku relakan aje. Spek lama dah patah masa accident kereta ari tu. Nak wat camne kan, depan org pompuan, beli je la. Dah dekat setengah jam pilih frame, pastu gi Alamanda pun dia yang bawak (time tu kereta aku dalam bengkel lagi); kalau tak beli kang tak gentle la kan. Ehehe...
Ok la guys, cukup le dulu kemerapuan aku setakat ini. Lain kali kalau ada aku teringat cerita² dongeng aku zaman dulu², aku cerita la lagi kat sini. Enjoy the clip, peace out!
Adegan kejar-mengejar dari filem favourite aku, The Rock. Ferrari 355 Spider idaman aku tu, tapi sekarang dah tak produce dah. Diganti oleh Ferrari 360 Modena.
Posted at 11:55 pm by milan