<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
 
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
 
 
Guna Firefox, lupakan yg lain!
 

Wednesday, August 12, 2009
Why Not?

In the immortal words of FBI Special Agent Stanley Goodspeed as he braces himself before driving through a garage window in a yellow Ferrari 355 Spider onto the incoming traffic of the streets of San Francisco, "Oh well, why not?!", I've decided to put up something here; even if there's nothing worth telling about my days.

Why not? Kenapa tidak? Well, to tell you the truth, I think too much. Spontan sudah hampir pasti tiada di dalam kamus harian hidup aku. Dalam erti kata lain, aku selalu pikir yang bukan². Bukan yang bukan² itu la... but, just maybe a tad ehehe. What do you expect? I'm a 32 years old single dude living by himself. I wouldn't survive if it wasn't for my creative imagination.

Masa muda² dulu, time tengah study kat sini, ada la satu dua perkara spontan yang aku buat. Atau orang tua² cakap tak pikir panjang la. But nothing big, setakat letak kertas bertulis Yahoo! ID ngan no phone aku kat kereta Satria biru which belongs to a cute girl. Itu pun lepas kena cabar dengan si Aie. "Tak abis² Satria biru. Kalau kau anak jantan...". Aku memang pantang sikit kalau orang cakap macam tu. Macam Marty McFly la, takleh tahan kalau orang cakap dia chicken or pengecut. That weekend, semasa aku tengah guling² atas tilam tanpa katil di dalam bilik apartment sewa di Blok A2 Cyberia, ada incoming call bernomborkan sesuatu yang amat asing. "Hello, siapa ni?", soal si gadis di hujung talian. Aku jawab le itu aku. Dia tanya lagi sama ada adakah aku yang letak nombor phone kat wiper kereta dia. Aku mengiakan aje la. Lagi pun tak elok menipu kan, lebih² lagi kalau awek yang comel. We talked for about a few minutes, that's it. Kekadang tu masa keluar masuk pintu masuk Blok A tu terserempak gak la ngan dia. Ada ke dia boleh siap angkat tangan lambai² kat aku, padahal dia jalan ngan boifren. Kalau le mamat tu tahu aku penah tumpang awek dia balik dari kelas, naiya gak le ehehe. Sekali je la aku tumpang dia. Itu pun dalam kereta siap dia boleh sindir² aku lagi tu. "Ha, apsal senyap je? Dalam telefon ari tu bukan main". Feisty girl, I loike.

Tapi setakat itu aje la. Tidak kesampaian ke mana² pun. Ada la nick dia dalam list YM aku ni. Mula² dulu je la aku chat ngan dia. Sekarang tidak lagi.

Selang beberapa tahun kemudian, semasa bertandang ke majlis kenduri member MMU kat Banting, masa tengah lepak kat meja bulat borak² ngan geng² yang hadir, sorang member aku (Aie kot) pointed out kat kitorang sorang awek cun ni. "Yang mana satu?", aku bertanya sambil mata kami melilau mencari target yang masih belum dikenalpasti. "Kat meja depan tu, yang free hair tu". Pandang punya pandang, awek tu lambai² kat aku. Terkujat budak² ni ehehe. "Sapa tu Milan?", tanya diorang kat aku. Aku cakap le itu budak Satria biru, selalunya dia pakai tudung. Tak sangka, ingat lagi dia kat aku huhu. Ada la aku bertegur sapa ngan dia kejap. Maleh la pulak aku nak tanya boifren mana, tak ikut sekali ke. Then, that's it. Our paths never crossed again after that.

Mungkin selepas membaca coretan liar aku ini ada antara kalian yang bertanya, "why not?". Well, seperti mana yang telah aku nyatakan di atas tadi, I think too much. Lagi pun dengan pengalaman aku dalam mendekati insan yang bernama wanita ni, sudah berulang kali jugalah hati ini terguris dan diguris. Mengguris tu takde la kot, none that I'm aware of. Kalau ada maaf la ye.

Siapa nama budak perempuan tu? Nama dia hampir sama dengan nama ex-gf aku time waktu sekolah dulu, cuma tambah huruf K je kat depan. Rasa²nya dia staff TM jugak, macam kat Cyberjaya ni je ofis dia. Tak penah pulak aku terserempak dengan dia kalau iye pun. Well, itu citer lama. Just an interesting anecdote from my boring, mundane life.

Actually aku nak citer benda lain tadi ni. Nak cerita pasal spek mata aku ni sebenarnya. Frame dia jenama "Ynot?". Harga frame RM660, cermin Transitions lak RM500. Total damage RM950, after discount la tu. Well, dengan ideologi "why not", aku relakan aje. Spek lama dah patah masa accident kereta ari tu. Nak wat camne kan, depan org pompuan, beli je la. Dah dekat setengah jam pilih frame, pastu gi Alamanda pun dia yang bawak (time tu kereta aku dalam bengkel lagi); kalau tak beli kang tak gentle la kan. Ehehe...

Ok la guys, cukup le dulu kemerapuan aku setakat  ini. Lain kali kalau ada aku teringat cerita² dongeng aku zaman dulu², aku cerita la lagi kat sini. Enjoy the clip, peace out!


Adegan kejar-mengejar dari filem favourite aku, The Rock. Ferrari 355 Spider idaman aku tu, tapi sekarang dah tak produce dah. Diganti oleh Ferrari 360 Modena.

Posted at 11:55 pm by milan
Any komen? Meh sini...  

Thursday, August 06, 2009
From Johore With Love

A'kum guys & gals, nothing much of an update actually. Just nak share gambar rombongan officemates ke Parit Yaani, Batu Pahat, Johor Darul Takzim pada hari Ahad yang lepas (2 Ogos). Kepergian kami ke sana adalah untuk menghadiri majlis pernikahan antara 2 rakan sepejabat, antara Siti Aminah  & Rozain a.k.a Abg J.

Bertolak dari bumi Cyberjaya lebih kurang pada pukul 8.30 pagi (sepatutnya 7.30, tapi pakcik yang bangun lewat; kerana tidak aware akan last minute email). Suspek dipercayai kelihatan menaiki van Kia Preggio berwarna putih yang berisi 8 orang, dieekori oleh sebuah Gen-2 auto berwarna merah metalikyang cuma berisi 2 orang (kata omputih a couple). Perjalanan ke destinasi  tidak menemui apa² rintangan, kecuali rintangan fisiologi tubuh badan manusia yang sememangnya tidak dapat menampung cecair dalam tempoh yang lama.

Taktala jam menunjukkan waktu kesebelasan, van kami tiba di plaza tol Yong Peng Utara. Selang sepuluh minit kemudian, pekan kecil Parit Yaani sudah berada dalam jarak penglihatan. Suasana di situ mengimbaukan aku kepada pekan kecil Chengkau (yang lebih kecil) dan juga pekan Rembau. Buat pengetahuan kalian, kilang perusahaan makjun Pak Tani terletak di pekan kecil ini. Berpandukan peta yang disertakan secara percuma bersama kad jemputan kahwin, kami meneruskan perjalanan menelusuri jalan yang sejajar dengan tali air, atau lebih dikenali sebagai parit (hence the name, Parit Yaani).

Nun di kejauhan di sebelah kiri jalan, terlihat kelibat khemah kenduri tersergam megah, dikawal oleh 2 batang bunga manggar. Ada kon pulak kat tengah² jalan. Juga terdapat beberapa orang anggota Rela yang aku agak sedikit ragu akan kerelaan mereka menjaga lalu lintas di hadapan titian masuk ke kawasan rumah pengantin. Sekonyong-konyongnya kami berlajan ke arah abang Rela bertanyakan majlis pernikahan siapakah itu. Dan sekonyong-konyong itu jualah kami bergerak kembali memasuki kenderaan masing² kerana sudah salah majlis kenduri. Apa la, buat malu je usung hadiah ke hulu ke hilir...

Perjalanan diteruskan setelah meneliti peta dengan lebih rapi. Kalau Kapten Jack Sparrow yang mengetuai rombongan, sudah pasti tidak tersalah rumah kerana beliau amat mahir membaca peta (maaf, aku baru saja habis layan trilogi HD movie Pirates of the Caribbean sebentar tadi). Setelah menempuh jalan kecil yang ditemani pokok² kelapa sawit di kiri dan kanan, kami tiba di sebuah jambatan kecil melintasi sebuah lagi parit yang lebih besar. Simpang ke kanan diambil menuju masuk ke jalan yang boleh dikatakan lebih sesuai untuk single traffic (dalam term engineeringnya suplex, as opposed to being duplex (dua hala)). Baru aku sedar, selama ini dari kawasan desa kecil inilah datangnya ke'innocent'an si Siti selama aku mengenali dirinya.

Tidak sampai beberapa minit, kami tiba di hadapan titian menuju ke khemah kenduri. Kelihatan ahli keluarga berpakaian kaler putih star (bahasa kelate yang membawa maksud warna ungu). Kali ini memang sahih inilah kenduri yang dimaksudkan, kerana tidak syak lagi apabila banner yang mempamerkan gambar pasangan pengantin sedang direntang pada khemah.

Setelah bersalam-salaman dan memperkenalkan diri kepada ayah dan abang² pengantin perempuan, kami menghampiri pintu masuk ke ruang tamu rumah, Keadaan agak senyap-sunyi kerana doa sedang dibacakan. Aiseh, terlewat beberapa minit sahaja. Kalau tidak, sudah tentu kami dapat menyaksikan majlis akad berlangsung. Kami 3 orang jejaka tidak memasuki ruang tamu, hanya bebudak pompuan je yang masuk.

Selesai upacara akad nikah selesai, sesi penggambaran pun bermula. Aku pun join jugak la, dah datang jauh² kan, apa salahnya.. kan? Aku bertanya kepada Zaini, "berapa kali tadi?". Jawab si pengantin lelaki dengan bangga, "sekali je". Dua kali gambar aku diambil di atas pelamin bersama pengantin; satu formal dan satu gaya bebas. Gambar aku jadi pengantin atas pelamin masih belum jua terhasil sehingga kini.

Setelah selesai sesi fotografi, apa lagi.. bedal aje la apa yang ada. Yang aku paling suka sekali bila ada lauk sambal goreng. Biasa la, Jawa la katakan. Masa aku pegi amik nasik tu, nampak la jugak khemah DJ, ada TV kecik... ada karaoke ke? Namun keinginan untuk mendendangkan lagu untuk pasangan pengantin tidak kesampaian, kerana dalam masa 2 jam kami di situ, tiada pula talian dibuka untuk para hadirin untuk berbuat demikian. Bugger.

Apabila jam menunjukkan waktu lebih kurang 1 lebih, kami meminta diri untuk beransur pulang. Tetapi tidak sebelum kami singgah bersiar-siar di Bandaraya Bersejarah Melaka buat seketika waktu. Rama sungguh rakyat jelata di sana. Soltan² Melaka yang terdahulu pasti bangga jika melihat kemajuan yang ada sekarang. Dan Hang Tuah juga pastinya terharu apabila melihat Taming Sari sudah menjadi sebuah menara tinjau yang tinggi melangit.

Exit Ayer Keroh, Melaka, enter rest area Ayer Keroh. Melepaskan apa jua hajat yang terbuku serta mengisi perut yang lapar. Aku makan mee kari claypot, sedap jugak. Lagi sedap la daripada mee kari kat Rasa Alamanda tu, yang sekadar tuang kuah je atas mee. Masa nak makan claypot tu kena tunggu kari tu berhenti menggelegak. Bopoloh pakcik makan ehehe... And then from there, it's all smooth sailing, until Senawang. Jem tak hengat punya. Nasib baik pemandu van amat arif tentang selok belok jalan lama. Took a shortcut (or longcut?) thru Labu then exiting at Nilai. Sekitar 8 suku malam kami tiba semula di bumi Cyberjaya. Sekian, terima kasih.

Ermm... ada lagi sikit. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan tahniah kepada Siti dan Zaini kerana telah bergelar suami dan isteri yang sah. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu dan dimurahkan rezeki. Halalkan segala makan minum serta terlanjur kata dan perbuatan Lan ye. It's been a pleasure knowing you.

(Berikut adalah gambar² sekitar ekspidisi ke Parit Yaani, Batu Pahat. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas).                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
Ketua ekspidisi
Tersalah kenduri la plak
"Cukup tak?"
Salaman pertama sesudah bergelar suami isteri
Acara menyentuh ubun²
Memohon restu ayah
Permaisuri sehari
With her officemates
Driver dan kelendan
Ambik berkat
Gambar formal
Gambar bebas
Wallpaper
Acara makan²
Borak²
Ibu penganti lelaki datang bertanya khabar
Siti sudah. Kamu ni bila pulak?
My ex... officemate
Ex-officemate jugak
Venice, Melaka
Depan Stadhuys
Peace!
Cheese!
"Lepas ni amik gambar dari bawah pulak"
Prison Break?
Jonker Street a.k.a. Jalan Hang Jebat
     
     
     
     
   
     

Posted at 11:16 pm by milan
Any komen? Meh sini...  

Next Page